Jun 17, 2009

(Celebrity News) Ziema Di Rasuk Selepas Berkapan ?


Bagaimanapun, bakat baru, Ziema Din yang makin menggilap potensi diri di pentas lakonan beranggapan lelaki dan wanita mempunyai peluang sama rata.

Malah, dia percaya pada rezeki seseorang yang ditentukan Tuhan mampu memberi ruang pada pelakon baru sepertinya untuk meraih tawaran berlakon.

Melihat senario kemunculan ramai pelakon baru sama ada di televisyen mahupun filem, ia memberi petanda positif kepada perkembangan bidang hiburan tempatan yang mempunyai pelapis.

Berkongsi pengalaman lakon, Ziema berkata dia pernah melalui satu pengalaman hitam ketika berada di lokasi penggambaran.

Katanya, peristiwa itu berlaku dua tahun lalu ketika dia terbabit menerusi drama Bila Camar Pulang.

Membawakan watak utama sebagai Aida, dia melakonkan karakter isteri yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.

“Dalam satu adegan, saya diminta untuk melakonkan watak itu yang dikafankan selepas meninggal dunia. Walaupun, saya hanya dibungkus dengan kain putih biasa dan bukannya kain kafan yang sebenar, tetapi ketika itu, saya sudah terbau kapur barus.

“Apa yang lebih mengerikan saya, ketika ke tandas, jurusolek yang menemani saya secara tiba-tiba berubah cara percakapan hingga keadaannya menakutkan saya. Lalu, saya segera keluar dari tandas.

Tue La Kalau Nak Berlakon Tu niat atau baca la apa-apa yang patut jangan main redah jer..kan dah kena :P