Jun 24, 2009

(Celebrity News) Diana Danielle sambung belajar ?


Artis muda yang tengah meletop ini akhirnya mengambil keputusan mengutamakan pendidikan terlebih dahulu.Sebelum ini Diana telah ke seberang ( Jakarta ) untuk merakamkan album single kumpulan Andra & The Backbone.
Kata Danielle, dia berkunjung ke Jakarta baru-baru ini untuk merakam single kumpulan itu, Tak Ada Bisa yang dinyanyikan dalam versi remix. Rakaman bermula jam 8 malam hingga 3 pagi di Legend Studio, Pantai Indah, Jakarta yang dimiliki vokalis Dewa, Ahmad Dhani.

"Matlamat kerjasama ini untuk menembusi pasaran Indonesia. Mengikut perkembangan muzik di sana, pengaruh band lebih popular berbanding penyanyi solo.

Diana Danielle akan meneruskan pengajian di Universiti Nottingham cawangan Semenyih pada 9 Julai nanti.Apa Pun Zoom mendoakan kejayaan Diana dalam pelajaran dan dunia hiburan tanah air.

NAMA: Diana Danielle Danny Beeson

NAMA KOMERSIAL: Diana Danielle

TARIKH LAHIR: 22 November 1991

ASAL: Houston, Amerika Syarikat

USIA: 17 tahun

KERJAYA: Model, pelakon dan penyanyi

FILEM: Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia, Setem, Kecoh Betul dan Magika

DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah