Jun 04, 2009

(Celebrity News) Danny jadi penerbit filem ?


Danny X-Factor kini dah bergelar penerbit filem. Dalam diam-diam Danny dan rakan kongsi dah menyiapkan sebuah filem.

Nampaknya semakin ramai pelakon muda yang mengorak langkah dalam bidang perniagaan membabitkan dunia mereka.

Pengalaman yang ditimba dalam lakonan selama ini boleh digunakan apabila terlibat secara langsung di belakang tabir, lebih-lebih lagi sebagai penerbit.

Danny bersama rakan kongsi menerusi syarikat Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. menerbitkan filem Belukar yang sudah siap penggambaran sepenuhnya.

Belukar menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah. Sememangnya rakan kongsinya seorang ahli perniagaan dari Sabah.

Malah ia juga turut menampilkan barisan pelakon dari sana termasuk Yaser dan Ikin dari Akademi Fantasia 3.

Pelakon lain yang membintangi filem berunsur aksi itu ialah Daphne Iking, Bront Palarae, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Pelakon dan model Jason Chong pula diamanahkan mengarahkan filem tersebut. Nampaknya Belukar dibarisi tenaga muda yang baru.

Filem tersebut dijangka ditayangkan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan kerana mereka perlu menunggu filem-filem lain yang terlebih dahulu menempah tarikh tayangan.