April 20, 2009

Seksi Maut Linda Jasmine, Padanlah Que Haidar Gila Bayang


Juri Sehati Berdansa serta guru tari Akademi Fantasia (AF), Cikgu Linda Jasmine mengejutkan ramai pengunjung tayangan perdana filem Maut kerana wanita itu memakai dress bareback (dedah belakang) yang terdedah dari bahu sampai ke pinggul!

Memang sangat berani, sepatutnya Linda Jasmine sudah memikirkan masak-masak apa tetamu dan peminat dunia hiburan tempatan akan komen apabila dia mengambil keputusan untuk bergaya daring. Mungkin sekadar berfesyen, namun dia akui terasa macam over dressed atau terlebih gaya malam tadi, mungkin sebab ramai sangat orang memerhatikan penampilannya yang ’seksi maut’ itu!


Agak-agaknya, terkejut tak orang Felda Taib Andak jikalau Linda Jasmine berpakaian sebegini ketika melangsungkan perkahwinan dengan Que Haidar? Berikan pendapat kalian pula!