Oktober 14, 2009

(Gossip) Kes Melissa Maureen dirompak dan dicabul: Polis kurang beri perhatian !!!


Kejadian berlaku minggu lepas pada waktu malam, apabila Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan sampai rumah di Section 6, Kota Damansara., didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, Dua daripada lelaki itu membawa parang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique cuba menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.



Baca Selanjutnya

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya baik. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan tapi yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti

Zoom KOmen: Kesian kat Melissa ni mesti dia masih lagi trauma...!!