Februari 07, 2012

Anita Baharom Enggan Percaya Orang Gaji


KUALA LUMPUR: Pelakon Anita Baharom tidak lagi mempercayai orang gaji apabila empat orang daripada mereka cabut lari selepas beberapa bulan bekerja.

Kata Anita, dia melayan orang gajinya dengan baik termasuklah mengajar mereka cara menjaga anak tetapi kesemua orang gajinya itu cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

“Saya ni nak kata garang, tidaklah. Tapi saya pelik dah empat orang gaji saya ambil, semuanya cabut lari. Mereka tak menghargai kebaikan yang saya berikan. Kerana perkara itu, saya tidak percaya kepada orang gaji lagi,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Restoran Rebung, Bangsar di sini, Isnin.

Anita berkata, dia lebih selesa menjaga dua anaknya iaitu Syifa Dhia Nurina,5, dan Mohamad Dhia Iskandar yang kini berusia tujuh bulan daripada membiarkan mereka diasuh oleh pembantu rumah yang tidak pandai buat kerja.

Kata Anita, anak-anak akan menjadi rapat dengan ibu dan bapa masing-masing kalau mereka sendiri yang memberi kasih sayang sepenuhnya daripada membiarkan anak-anak dibesarkan oleh orang lain.

Walaupun tidak bernasib baik kerana sering mendapat orang gaji yang selalu menimbulkan masalah tetapi dia bersyukur apabila hasratnya untuk tdiak mempercayai orang gaji itu menyebabkan kasih sayangnya terhadap anak-anak semakin bertambah.
“Syukurlah... saya dan suami dapat menguruskan rumah tangga dengan baik. Anak-anak pun rapat dengan kami kerana mereka dijaga oleh kami sendiri.
“Malah anak bongsu saya pula terlalu manja dengan saya. Kalau saya tidak ada, dia akan menangis tak henti-henti. Nak tidur pun mesti di bawah pelukan saya,” katanya.

Anita memberitahu, buat masa ini dia terpaksa melupakan sekejap dunia lakonan kerana Mohamad Dhia Iskandar masih belum bercerai susu dengannya.

Mengakui walaupun merindui untuk kembali ke dunia lakonan, dia terpaksa memberi tumpuan kepada anaknya terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon pada masa akan datang.
“Saya memang nak berlakon tetapi anak masih kecil. Bila dah besar sikit, mungkin saya boleh pertimbangkan tawaran. Tapi kalau ada watak-watak kecil ataupun untuk penggambaran iklan yang tidak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar, saya boleh menerimanya,” ujarnya.

Menurut Anita, walaupun lebih setahun berehat daripada dunia seni, dia bersyukur kerana rezeki untuk dia sekeluarga tidak pernah putus.
“Alhamdulillahlah... buat masa ini cukuplah untuk makan, pakai saya sekeluarga. Kalau dulu setiap bulan terpaksa keluarkan duit untuk bayar orang gaji tetapi sekarang ini tak perlulah nak buat macam tu lagi,” katanya.

Anita yang juga isteri kepada petugas Astro iaitu Mohd Ismadi Ismail memberitahu, dia juga sedang berusaha untuk melakukan transformasi terhadap dirinya.

“Saya sedang bercita-cita untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Apakah perubahan itu, saya tak boleh nak bagi tahu buat masa ini. Tunggu dan doa-doakanlah ya,” katanya.

Info : Mstar Online


ZoOM : Memang susah nak percaya dekat orang, apatah lagi orang asing yang baru dikenali dan menjaga makan minum anak-anak serta menjaga mereka. Jika anda pernah terlihat dan terbaca di kaca TV sudah pasti anda yang berkeluarga risau dengan keadaan anak-anak dan rumah anda.

Bagi anda yang duduk bersama mak dan ayah yang menjaga anak-anak, anda patut bersyukur dengan nikmat dan pertolongan yang diberikan oleh ayah dan mak anda. Jika dibandingkan dengan didikan mek/atau orang gaji ia amat jauh berbeza.

Apa kata anda mengenai isu orang gaji.pembantu rumah ni ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!