Disember 25, 2010

Konsert Gemuruh Double Trouble Hari Ini di Sunway Lagoon

Jika anda meminati kumpulan Search dan Wings inilah masanya, malam ini bertempat di Sunway Lagoon Petaling Jaya Selangor. Amy dan Awieyang merupakan penyanyi utama akan menghiburkan peminat mereka yang sehingga kini menyokong perjuangan dalam arena muzik tanah air.



Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk peminat-peminat, istimewa untuk mereka yang membeli empat (4) tiket akan memperolehi satu tiket percuma.

Tidak terkecuali, sebagai penaja rasmi Konsert Gemuruh DT ini, DIGI juga menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk 3,000 keping tiket yang akan dijual pada harga RM49 sahaja dan setiap pembelian untuk dua tiket akan memperolehi satu tiket percuma (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat).
Untuk memudahkan dan member kesenangan kepada peminat peminat serata ibu kata, beberapa kaunter tambahan jualan tiket akan dibuka seperti dibawah :
Jualan tiket masih lagi dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Pintu Masuk Sunway Lagoon, Stesen LRT Putra KL Sentral, Masjid Jamek danKelana Jaya serta LRT Star Bandar Tasik Selatan, Ampang dan Bukit Jalil.