Mei 22, 2010

Syed Ali Baru Pulih Dari Jangkitan Denggi !!!

Pelakon Syed Ali baru pulih daripada serangan demam denggi yang dihadapi ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Pengalaman ngeri itu membuatkan dia semakin mementingkan penjagaan kesihatan.
"Saya dah rasa azab orang kena serangan denggi ini sekarang saya lebih berhati-hati," kata Syed Ali kepada Mangga Online.

Syed Ali akan cuci kampung di Johor bersama Mingguan Malaysia.
Menurut Syed Ali, pada mulanya dia tidak sangka boleh kena serangan itu. namun apabila badan rasa lain macam dan menggigil kuat, beliau sudah agak kemungkinan kena serangan denggi.



"Saya disahkan terkena jangkitan denggi, bukan H1N1, jadi jangan takut dekati saya. Lagipun sekarang saya sah pulih sepenuhnya dan kembali menyambung penggambaran.


"Semasa mula-mula kena tu saya tak perasan sangat sebab sekejap okey dan sekejap tidak okey. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur saya rasa sejuk sangat sehingga menggigil kesejukan. Apabila gigilnya lain macam saya sudah syak kemungkinan terkena denggi.


"Selepas itu saya ke Kelantan semula untuk menyambung penggambaran. Saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kalau nak ikutkan doktor mahu saya ditahan di hospital, tapi kerana saya belum tamat penggambran saya minta dilepaskan.


"Tapi saya harus berulang alik untuk memeriksa tekanan darah saya yang turun naik ekoran serangan itu. Alhamdulillah saya sekarang sudah pulih sepenuhnya," kata Syed Ali.


Zoom: Kesian, tapi inilah lumrah dunia, tidak mengira usia,budaya dan agama.