Februari 19, 2010

(News) Ahmadi Hassan penyanyi 70an dan 80an meninggal


Mungkin ada diantara anda sudah mengetahui seorang penanyi popular di zaman 70 dan 80an Ahmad Hassan atau popular dengan nama Ahmadi Hassan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur petang ini akibat penyakit jantung.

Allahyarham yang berusia 63 tahun dan pernah mencipta nama menerusi drama radio Fajar Di Bumi Permata dengan wataknya sebagai Pak Chat sekitar tahun 1970-an, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang.

Kali terakhir arwah tampil dengan album adalah pada 2006 iaitu album berjudul Bahagia Berkasih yang kemudian memenangi kategori Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik bagi tahun ke-14 (AIM14) 2007.

Menurut anak sulungnya, Shahril Ahmad, 35, Allahyarham pada mulanya dimasukkan ke hospital berkenaan dua minggu lalu selepas hampir sebulan menghidap demam.

“Namun, selepas menjalani ujian darah, doktor mengesan arwah bapa saya menghidap komplikasi buah pinggang. Semalam arwah masih boleh makan dan berbual-bual tetapi keadaannya bertambah lemah pada petang ini. Sekitar pukul 4 petang, saya dihubungi pihak hospital yang mengatakan bapa tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 5.30 petang,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Merbau Sempak dekat sini malam ini.

Zoom: Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, dan semoga beliau berada dikalangan orang-orang yang beriman..

AL-FATIHAH...!!!