Oktober 17, 2012

Pelakon Kuswadinata Kritikal Dan Tiada Harapan Untuk Hidup

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

 ZoOM masih ingat lagi lakonan abang Kuswadinata kita yang sering kali menghiburkan anda setiap kali berada didepan kamera semasa penggambaran. Namun empunya badan kini sedang bertarung melawan penyakit beliau dan menurut berita beliau kini dalam keadaan tenat.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Sama-samalah kita berdoa semoga abang Kuswadinata kita tabah menghadapi dugaan darinya, dan semoga beliau sihat semula.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!