September 06, 2011

Sinopsis Antara Maghrib Dan Isyak Pada 13 September

Satu lagi Drama keluaran abang Rosyam kita yang sudah pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk menunggu perjalanan cerita Drama ini. Dan sebagai permulaan berikut Sinopsis mengenai Drama ini :

Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.


Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.

Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.

Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Jangan lupa saksikan drama bersiri komedi Antara Maghrib Dan Isyak menerusi slot Senda Pagi, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi mulai 13 September 2011


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!