Julai 08, 2011

Persatuan Artis Hanya Membuang Masa - Ziana Zain !!

Semalam ZoOm ada terbaca "statement" akak Ziana Zain kita ni, mengenai pengelibatan artis dalam persatuan yang ada di Malaysia khasnya. Mungkin selama ini ramai yang bersikap pandang dan dengar sahaja kerana takut periuk nasi terganggu. Namun ZoOM bagi pihak ZoOMartis Dot Net, TABIK SPRING dekat akak Ziana Zain kita kerana berani bersuara demi kepentingan artis-artis di Malaysia.

Betul juga apa yang akak ZZ kita canangkan, jika tidak bersatu dalam satu bumbung kita akan berjaya menepis hujan atau ribut yang mendatang. Bak kata Pepatah "Kerana satu tiang patah, Satu Rumah Roboh" ops pepatah ZoOm kot...BETUL TAK ?

Apa-apa pun Jommm layan "Statement" Kan ZZ atau nama glamour sekarang ni "Mek Jena" :


Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.

"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.

"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya.

Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!